30 January 2012

Cita-cita vs Cinta.Allah dah tetapkan yang terbaik.

Bismillah.

Pertama sekali,aku nak mohon maaf kepada readers.Bukan sengaja, bukan suka-suka nak taip entry berjela-jela tapi minda yang masih ketandusan ilmu ni selalu 'bekerja'. Entahlah. Mungkin faktor perubahan angka. Dari berbelas kepada puluh. Banyak yang berubah. Kadang-kadang, kita tak sedar apa yang berlaku di sekeliling kita berubah. Tapi, bila difikirkan balik, something had changed without you knowing it. 

Aku masih bergelar pelajar. Masih menimba ilmu, masih dalam proses persediaan sebelum bergelar seorang pendidik. Pendidik? Makna yang lebih besar bagi aku. Bukankah guru dan pendidik itu sama sahaja maksudnya? Apa yang bezanya? Jujur, pendidik dan guru mungkin sama tapi masih ada kelainan selain ejaan. Jawapan tipikal. Kalau kau tanya aku, apa itu GURU? Guru adalah seorang yang mengajar anak murid di sekolah dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan. Senang cerita, office hours lah. Hujung bulan dapat gaji. Hehe. PENDIDIK? Dia bukan sahaja mengajar tapi dia mendidik seseorang menjadi insan yang berguna. Maksudnya, bukan sekadar teori, tidak semestinya masuk kelas, menulis sesuatu di papan tulis atau menyemak kertas ujian pelajar, tapi segalanya. Pendidik tak perlukan office hours. Siapa-siapa pun boleh jadi pendidik. Sejujurnya, bagi aku, aku tak nak jadi guru semata-mata, tapi biarlah diri ni suatu hari nanti jadi seorang pendidik. Tak kisah lah siapa yang dididik, yang penting, apa yang hendak disampaikan tu berguna dan tidak bercanggah dari agama. High expectation? Perhaps. Semua orang nak yang terbaik, ye tak?

Hari ni, suatu yang baru telah dipelajari. Mungkin benda yang aku dah belajar di zaman sekolah, tapi sikap kurang minat terhadap subjek Sains membuatkan aku lupa benda yang aku dah tahu. Teruk kan? Yang buruk jadikan sempadan. Hehe. Soalan berbunyi, what makes a childhood? What are the normal characteristics of children and adolescent? Things that we already know. Things that we've experienced and I'm telling you based on my own experience. Madam Chiam kata, "you are going to be parents someday." Ayat mudah tapi banyak makna. Bukan sekadar bakal menjadi guru, tapi mungkin ibu mungkin bapa. Kita pun tak tahu kan? Bila dia sebut pasal kanak-kanak, about children, then I started to question myself, " Am I ready for that? Bersediakah aku untuk berhadapan dengan kanak-kanak,murid sekolah,mungkin juga anak?" Rhetorical questions. There is no specific answers for the questions. Tepuk dada sekalipun, takkan keluar jawapan. Terkenang diri yang bakal berkunjung ke sekolah lama di bulan Mac nanti. Walaupun tempoh lima hari diberikan, jujur, aku macam seram sejuk. Aku tak pasti boleh ke tak aku buat tugasan. Tapi aku harap Allah bakal mempermudahkan segalanya. Sebelum kelas "Child Development" berakhir, pensyarah sempat berkongsi mengenai benda-benda yang patut dielak oleh seorang yang bakal bergelar ibu dan ayah, selaras dengan topik yang dipelajari. Informative and interesting. Bagi aku lah.

Sumber : Google

Teringat usikan seorang sahabat yang membuatkan aku tersentap sedikit dan tersenyum malu sebelum melangkah keluar. 

"Erma tak ada masalah lah nanti. Bakal tutt doktor kan,"

Susah nak cakap bila soal itu diutarakan.Allah dah tetapkan yang terbaik.Tak ada siapa pun boleh ramal apa yang bakal terjadi,dengan siapa kita akan berdampingan.Maaf,bukan nak bermadah cinta.Tapi sekadar berfikir. Setelah lapan hari, si dia yang berada jauh di bumi Mesir sepi tanpa khabar berita, baru semalam aku tahu puncanya. Betullah tekaan aku. Blackberry tersayang dikebas orang lepas terjatuh dari motosikal. Dengan yakinnya aku 'menembak'. 

"Macam mana boleh accident lagi?Ni mesti bawa motor laju-laju kan?"

Tapi,tembakan tak mengenai sasaran.

"Tak lah.Kawan yang bawa bukan orang," 

Sedikit malu sebab tersalah.Dia menyambung lagi,

"Masa jatuh tu ramai yang tolong lepas tu, tak tahu bb ke mana,"

Harta orang, tak boleh nak cakap lebih-lebih. Baru semalam dia ada mengirim khabar. Itu pun lepas dapat belas ihsan dari seorang sahabat di sana sebab bermurah hati pinjamkan handphone yang dia tak guna. Nasib baik ada nombor spare. Apa-apa pun, alhamdulillah sebab dia selamat. Dua-dua masih belajar. Masih di bawah tanggungan orang tua. Jodoh, semua di tangan Allah. Kalau dah tertulis di Luh Mahfuz, aku untuk dia, dia untuk aku, tak ada yang mampu nak menolak. Sekarang ni, studies is still the first priority. Jiwa muda mahu dijaga jangan terlampau leka. Pesanan untuk diri sendiri. Cita-cita versus cinta. Tiada pemenang tiada yang kalah. Jangan ada yang kesakitan kerana kecundang. JAGA DIRI. InsyaAllah.

Sadaqallahulazim

2 comments:

  1. btl tu..jodoh semua telah ditetapkn oleh Allah..kita sbgai manusia hnya mampu berdoa jer

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...