14 January 2012

6 Sifat Buruk Perempuang Yang Tidak Boleh dijadikan Isteri

Bismillah.

1) Al-Anaanah
Banyak keluh kesah.Yang selalu merasa tidak cukup, apa yang diberi semua tidak cukup. Rumah, kenderaan, dan sebagainya. Tidak redha dengan pembelaan dan aturan oleh suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memperhatikan perasaan suami, tidak hormat pada suami, apalagi berterima kasih kepada suami. Bukannya hendak menolong suami kerana apa-apa yang diberikan oleh suami tak pernah memuaskan hatinya. Ada sahaja yang tidak cukup.

2) Al-Manaanah
Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yang tidak berkenan di matanya, maka mulalah dia mengungkit segala hal tentang suaminya itu. Sangat senang hendak membicarakan suami, tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam. Padahal, suami sudah memberi perlindungan yang macam-macam kepadanya.

3) Al-Hunaanah
Berkeinginan untuk memiliki lelaki lain selain dari suaminya. Sangat suka membandingkan suaminya dengan suami orang lain atau mana-mana lelaki. Tidak redha pada suami yang ada.

Sumber : Google

4) Al-Hudaaqah
Suka memaksa. Bila dirinya mengkehendaki sesuatu dari si suami, maka dipaksanya untuk melakukan. Pagi, petang,siang dan malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya diancam suami dengan pelbagai ancaman seperti ingin lagi,ingin bunuh diri,ingin memalukan suami dan sebagainya. Suami dilayan seperti budak kecil, bukan sebagai pemimpin rumah tangga. Yang dijadikan keutamaan adalah kehendaknya sahaja.


5) Al-Hulaaqah
Sibuk bersolek,tidur,bersenang-lenang,bersantai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah wajib dan ibadah sunat seperti solat, wirid, zikir, berpuasa, mengurus hal rumah tangga, berkasih sayang dengan suami dan anak-anak.

6) As-Salaaqah
Banyak berkata-kata,banyak bicara,banyak bergosip. Siang,malam,pagi dan petang asyik bergosip dan mengada-adakan cerita. Apa sahaja yang suami kerjakan selalu tidak betul di matanya. Zaman ini bukan sahaja bercerita di depan suami, tapi di telefon, SMS, laman sosial, BBM dan macam-macam cara lagi. Isteri hanya menyusahkan suami dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Sumber : Facebook

p/s: sebagai seorang Muslimah, di manakah sebenarnya kedudukan kita? Adakah kita tergolong dalam 6 golongan di atas? Jika tidak, alhamdulillah. Jika ya, perbaiki diri, hiasi peribadi, mohon kempunan dari suami dan juga Ilahi. Kepada sesiapa yang bergelar isteri, refleksi diri. Kepada yang belum, ambil iktibar dan pengajaran dari apa yang disampaikan. Tepuk dada, tanya iman :)

sadaqallahulazim.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...