01 January 2012

2012 - dari mataku, dari mindaku

Bismillah.

Sebelum entri ni panjang berjela, lebih elok kalau aku ucapkan "Selamat Tahun Baru Masihi 2012" kepada seluruh warga bumi. Chewah. Aku sebenarnya baru je sampai rumah. Tadi ayah keluarkan kuasa veto beliau. Tengah-tengah layan konsert AF di chanel 104, 

"Cepat tukar baju. Jom kita tengok bunga api"

"Pak, jap jap. Hafiz dan Adira tengah nyanyi lagu Ombak Rindu"

Lepas diorang abis nyanyi, terus masuk bilik, tukar pijamas pegi t-shirt dan jeans, pakai tudung, selongkar rak kasut, cari flip flop Banana Peel, masuk kereta. Adik aku lagi best. Keluar dengan pijamas dan laptop dan broadband. Ntah pape. Sebenarnya aku malas nak pergi mana-mana, ikut je lah sebab ayah dah suruh. hehe. Aku suka tengok bunga api je. Tadi masa lalu dekat depan rumah-rumah orang, ada yang dah siap dengan set buffet depan rumah. Ramai yang datang. Macam sambut birthday pulak. Fuhh. Semangat. Cuma, keluarga aku tak sambut tahun Masihi. Suka tengok bunga api je. Sebab, colourful and cantik. Ngeh ngeh. Ayah prefer sambut tahun Hijrah. Dah jadi culture dalam family aku. Selalunya memang macam tu. Adik lelaki pulak naik motosikal dengan member dia. Biasalah, orang bujang. Tapi tak lama lepas tu, dia balik.

Sumber : Google. (menakutkan)

Fenomena tahun baru. Hem. Ntah. Bagi aku, biasa je. Hidup aku tetap sama. Cuma aku lebih excited sebab dah masuk bulan Januari. Tak lama lagi nak sambut birthday. Ada lapan belas hari lagi. Hehe. Tahun ni rasa nak sambut. Dah lama juga aku tak sambut. Suka-suka je. Tak salah kan. Dulu, aku pernah baca sesuatu. Sekali lagi. Fenomena tahun baru. Yang aku tahu, yang aku dengar, yang aku baca, akan jadi sesuatu berbunyi begini. Ehem ehem.

"You, tahun baru, azam baru. Jom buat sesuatu yang baru bukti cinta I dekat you"

"You, tahun baru, azam baru, jom buat baby baru"

Maaf. Ada unsur sarkastik di situ. Jangan risau. Sikit je pon. Tapi, kalau ikutkan, benda-benda macam tu memang jadi. Selalunya, bila tiba je tahun baru, mulalah konsert yang pelbagai diadakan. Orang-orang kenamaan dijemput, artis-artis hebat beraksi di pentas, manusia lain terjerit-jerit, terpekik terlolong sebab seronok. Maklumlah. Excited sambut tahun baru. Kita tak sedar kan sebenarnya tempoh kita bernafas atas bumi Allah ni sebenanrya makin singkat. Kita memang tak sedar. Sekali lagi, aku gunakan kata ganti nama 'kita'. 'We' as a pronoun. Hehe. Bukan nak berlagak alim, bukan sahaja nak merepek. Tapi saja je nak luah pendapat tentang apa yang terjadi di sekeliling aku.

Sesuatu yang aku ambil dari Facebook. Petikan dari sebulah nota perkongsian seorang akhi bernama Wan Lukman Hakim. Aku tak kenal siapa dia tapi aku suka isi nota tu. 


Fenomena manusia akhir zaman. Sekadar perkongsian dan coretan di 1 Januari 2012.

Sadaqallahulazim.



4 comments:

  1. selamat tahun baru.. moga tahun ini tahun yang lebih baik ye erma. inshaallah.. entri yang menarik. moga thun 2012 diisi dengan perkara yang baik. inshaallah. free2, jmput singgah blog, jmput bc DAHULU ITU :)

    ReplyDelete
  2. amin...thanks inche raziq..hehe..akan ke sana dgn kadar yg segera

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...