11 December 2011

Al-kisah beberapa hari ni.

Bismillah.

First of all,I would like to thank Allah for still giving me the opportunity to live,to breathe and to survive.Unexpected things happened on the unexpected day and I shared them on the Unexpected Zone.Repetition made.

Alhamdulillah.Jenazah arwah nenek dah dikebumikan semalam.Dalam post lepas,aku pernah share yang aku macam tak sedia menerima satu lagi pemergian mana-mana ahli keluarga aku dalam masa terdekat. Tapi, bila aku tengok arwah terlantar di katil hospital, terlantar kat rumah, anak-anak, cucu-cucu (termasuk aku) dan cicit-cicit mula bacakan surah Yassin dan mula datang melawat,aku terfikir sesuatu. Ajal. Satu benda yang kita semua akan tempuhi.Itu pasti.Satu benda yang kita kena terima tak kira suka ataupun tidak.Nak tak nak,kita kena bersedia dari segi mental dan juga rohani,iaitu 'bekalan' iman kita.Al-Fatihah buat arwah nenek. Arwah adik beradik kepada nenek aku sebenarnya. Nenek saudara lah.

Malam sebelum tu,aku kurang tidur.Dalam 3 jam je kot.Esoknya,balik dari kubur,rehat-rehat,layan anak-anak buah yang datang rumah sampai tak sedar keadaan diri yang kurang sihat sebab syok sangat tengok budak-budak main.Al-maklumlah,jarang balik.Petang tu,sebelum Asar kepala aku berat sangat.Tak boleh tahan lagi then aku pergi baring dalam bilik,bawak tidur.Bila aku bangun je,dah dekat Maghrib.Haru -.-* Sekarang ni,dah ok dah. Sakit tu nikmat ape.Dalam kesedihan atas pemergian nenda yang tercinta,terhibur juga dengan keletah anak-anak buah yang belum kenal asam garam hidup ni.Hehe.Ada gambar nak share.Gambar anak buah aku yang latest.Sumpah comel.Haha.Baru 5 bulan tapi penat juga time dukung dia.Hehe

Ni yang paling latest lah.Anak buah coming soon,InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi.
Anak sendiri?Perancangan bersama Encik Fudhail.Amin.Haha.Jgn marah :P
ni snap guna cam hp je..

Dia?Encik Fudhail.Sekarang dah jarang contact.Kenapa?Kami ada sebab sendiri.Alhamdulillah,tak ada masalah yang melanda cuma keluarga lebih penting buat masa sekarang ni.Aku belum ada kesempatan nak inform dia pasal berita pemergian nenek aku semalam.Lagipun,ayah saudara Encik Fudhail merangkap adik mama dia meninggal beberapa hari lepas.Dia pun baru sampai dari Terengganu malam Jumaat lepas.Sekarang dah dekat KL dah.Doakan jodoh aku dengan dia.Amin.

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...