12 December 2011

Kenapa tak suka show muka di laman-laman sosial?Aku ada jawapan sendiri.

Bismillah.

Aku pernah ditanya oleh seorang hamba Allah.(sahabat seperjuangan)

"Eh,aku tengok gambar kau tunggang terbalik.Tunjuk belakang je.Tak pun tunjuk sisi."

Kenapa eh?Nak tergelak plak bila dia tanya macam tu.Aku balas dengan senyuman pada mulanya.Lepas tu aku jawab yang aku letak semua tu untuk suka-suka.Entah lah.Aku segan sebenarnya.Dulu,excited juga letak profile photo macam-macam dekat Facebook,Friendster.Kat blog ni pun aku pernah letak gambar aku.Tapi bila aku dah selalu online,banyak ragam yang aku tengok.Budak muda,biasalah kan?Aku memang kaki online.Banyak benda yang aku baca,banyak benda yang aku dapat.Pernah sekali tu,aku tertengok video dari Youtube.Ustaz aku yang kongsi.Tersentap!!!!Malu dengan diri sendiri.Malu tengok gambar sendiri.Malu dengan DIA terutamanya.Jahilnya aku.tsk tsk.

Terima Kasih Google

Lepas tu,aku jadi malu letak gambar sendiri untuk jadi tatapan umum.Aku kan perempuan.Cukup lah orang yang kenal aku tahu aku ni macam mana orangnya.Lawa tak lawa tolak tepi.Tak kisah pun.Kadang-kadang kan,bila kita letak gambar sendiri,pose ayu gitu,orang akan sibuk komen.

"Comelnya dia"

"Follow blogger comel ni :) "

"Wow!"

"Awak cantiklah"

"Kiut lah kitak" <---- Bahasa Melayu Sarawak

"Nak nombor telefon boleh"

Pernah sekali.Insan yang tak dikenali tiba-tiba post kat wall aku

"Eh,cantiklah teacher ni"

Ko ingat aku suka ke?Malu gilaaaaa -.-* (rasa tersindir)

Sampai satu masa,kita tak sedar yang kita leka dengan pujian tu. Di situlah timbulnya perasaan riak.Nauzubillah.Aku tak nak lah kalau boleh.Biarlah orang nak menilai kita macam mana.Tipulah kalau aku cakap tak ada langsung gambar aku di Facebook cuma kalau nak tengok kena belek satu-satu album aku.Selalunya,aku suka letak gambar dengan kawan-kawan sekelas,gambar keluarga,gambar gila-gila.Bila aku sign in Facebook,kat home ada je keluar wall photos orang lain yang tengah sibuk berposing tayang muka comel.Sumpah comel tapi aku segan tengok bila komen sampai berpuluh-puluh.Aku tengok je lah.Tak nak klik apa-apa.

Kat Twitter aku buat benda yang sama.Letak gambar sisi je.Hehe.Lagipun,bahaya kalau letak gambar penuh.Dunia makin moden tapi ada lagi manusia yang tak berpegang kepada ajaran agama sampai ikut telunjuk syaitan laknatullah.Macam-macam boleh jadi dari sekeping gambar.Faham maksud aku?Faham-fahamkan :)

sadaqallahulazim.

9 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...