03 December 2011

Hair Fall..How I hate it

Bismillah.

Perempuan memang tak jauh dari masalah rambut gugur.Kenapa?Sebab perempuan selalunya suka simpan rambut panjang.Bila kulit kepala dah gatal-gatal,masa mandi tangan rajin sangat nak capai botol syampu.Common.Bila rambut dah gugur,mulalah risau.Sapu bilik sikit,rambut je yang lebih.Bangun tidur,ada je rambut kat bantal.Sikat rambut sikit,ada je melekat.Belai-belai manja sikit,ada je rambut kat tapak tangan.Tension tak?Hehe.

Aku tak terkecuali daripada masalah yang satu ni.Tapi orang cakap normal gugur rambut tiap hari.Aku pun tak ingat berapa helai rambut yang akan gugur dalam sehari bagi yang normal.Tadi browse browse kejap. Jumpa beberapa petua untuk elak rambut gugur,tips penjagaan rambut bagi perempuan yang bertudung.


Kesalahan yang kita cenderung untuk lakukan :
1.basuh rambut tiap hari.
2.bungkus rambut dengan tuala nak bagi kering tapi tak kering pun
3.rambut tak kering lagi tapi dah siap pakai tudung
4.ambik hair dryer untuk keringkan rambut hakikatnya rambut tak kering mana.
5.ikat rambut sebab rambut tak boleh banyak sangat friction kot. (yang ni betul sebab masa kecik-kecik dulu aku tak ikat rambut ala-ala ponytail ke apa.anti sangat2.elok je rambut time tu tapi bila dah besar,adeh..toksah cakap)
6.sikat rambut masa rambut masih basah.


Ada beberapa petua untuk elakkan masalah yang satu ni.Kalau nak baca lebih,klik ---> sini. Lepas tu bila dah siap baca yang tu,baca yang ni plak sebab petua ni mudah dan murah.Mana tahu berkesan.Hehe.Selamat mencuba :)

sadaqallahulazim


2 comments:

  1. huh,setujuuu sangt, rambut gugur kekadang merismaskan.. eh, first time here! :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...