19 December 2011

Entry berunsur peribadi akan di'delete' secepat yang mungkin.

Bismillah.

Orang pernah tanya aku berkaitan dengan blog yang dah aku ada sekarang ni.

"Kenapa kau berminat buat blog?"

Lepas tu, aku pulak tanya diri aku sendiri.

"Apa motif utama aku buat blog?"

"Aku nak merepek apa dekat blog?

Source : Google 

Tercetusnya idea nak buat blog ni adalah selepas aku dengar seorang akhi cakap dia sibuk membina blog sendiri. Masa tu, aku belum ada laptop sendiri. Sekadar berkongsi PC dengan adik - beradik di rumah, sekadar berkongsi laptop yang ayah guna untuk hal pejabat, sekadar bergantung kepada line Streamyx yang ada kalanya ok adakalanya rasa nak hempuk je skrin PC dengan skrin laptop. Hehe.Pada mulanya, aku sekadar buat entry mengenai hidup aku. Life with its ups and downs. Life full of games, full of suprises, happiness and tears. All mix together. Dah dekat setahun juga aku dalam dunia blog ni. Makin lama, aku makin sedar yang kisah peribadi tak sesuai diceritakan di sini. Public access can lead to misinterpretation or even chaos. Kita kena sedar, orang akan ada macam - macam pandangan terhadap diri kita. Dia boleh kata macam ni, dia tu pulak boleh kata gini gini.Ada banyak lagi benda bermanfaat yang kita boleh ceritakan. Mana tahu, ilmu yang kita ada, tak ada pada orang lain. Manalah tahu, sesuatu yang kita ceritakan boleh bagi kesedaran kepada orang yang membaca. Tapi, kena pastikan juga apa yang kita sampaikan tu betul, bukannya ilmu songsang. Hehe

Bila aku terjah balik entry-entry lama, rata-ratanya adalah entry yang penuh dengan ketidakstabilan emosi. Entry yang berunsur emosional, kesedihan, amarah, kadang-kadang aku tak sedar yang aku terlalu gembira sampai kongsi benda-benda yang sepatutnya.

# entry ni sekadar refleksi diri #

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...