15 December 2011

bila ditegur meradang.kau sempurna sangat ke?

Bismillah.

Selalu kita dengar kan,manusia takkan terlepas dari membuat kesilapan.A fact of life that you have to agree no matter how many times you try to deny it, you will find out that you can't.Why? Sebab dah jadi fitrah manusia biasa. Sedar tak sedar, memang akan ada benda yang kita tersilap. Memang akan ada benda yang kurang. Hidup kita tak ada pembaris atau ukuran metrik macam yang kita buat dalam Maths, Fizik atau mana-mana subjek. Tak ada ukuran khusus yang kita boleh gunakan supaya apa yang kita buat tu sempurna, biar tak ada cacat celanya. Kalau aku tanya korang sekali pun, aku yakin jawapan tu tetap sama.

Dalam kekurangan yang ada pada kita,yang kita dah sedia maklum, masih ada segelintir manusia yang tak sedar. Sesuai lah dengan tajuk entry aku. Bila ditegur meradang. Cuba tanya diri kita. 

"Kenapa eh dia tegur aku?"

"Aku buat apa dekat dia?"

"Apa plak salah aku?"



Thanks Google

Kalau emosi masih tak stabil,boleh jadi kita cakap macam ni,

"Sial.Macam ko baik sangat"


"Ikut suka aku la nak buat ape pon"


"F***..Sibuk je tegur orang.Macam dia betul sangat"

Kadang-kadang,kita tak sebut guna mulut tapi dalam hati terkeluar juga kata-kata tu.Orang lain memang tak dengar apa-apa.Tapi yang atas tu tahu.Bear in mind.Kenapa eh kita marah kalau ditegur?Kenapa kita suka tuding jari dekat orang yang menegur seolah-olah dia yang salah tapi hakikatnya orang tegur selalunya bersebab. Satu jari diarahkan kepada orang lain tapi empat jari lagi terarah balik kepada kita. Kita juga yang salah kan?Hehe.Ada satu benda yang kita lupa.Jangan tunggu diri sempurna baru nak menegur.Lihat kepada teguran bukan kepada orang yang memberi teguran.

Semalam (kalau tak silap),ada seorang insan yang aku kenal. Dalam Twitter dia ala-ala meluahkan perasaan yang member dia ni tengah bengang and hot giler dekat dia lepas dia tegur. Tegur pasal apa? Tegur pasal member dia minum arak. Hal dah sah-sah memang salah,bila ditegur mengamuk pulak siap nak putuskan persahabatan yang dah terjalin lama. Betul ke orang tu sahabat kita sebab tegur sikit meradang. Kenapa tak refleksi diri dulu sebelum marah tak tentu pasal?Kita memang manusia yang selalu lupa.

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...