04 November 2011

Sampainya hatimu wahai hawa.

Bismillah.

Aku tak tahu nak mula taip macam mana.Tapi ni kisah seorang sahabat yang aku kenal.Bukan nak menjaja cerita orang tapi nak kita fikir.Tu je. Erm sahabat aku tu nama dia M.Dia dah berteman dengan A.Lama dah.Dua-dua masih belajar.Alhamdulillah dua-dua boleh balance antara study dengan personal life.Cuma semenjak dua menjak ni,M ada mengadu yang A macam lain.Dia cakap mereka dah jarang contact.Dulu kalau si M tak angkat call or lambat reply msg confirm si A ni akan cari.Asam garam orang tengah bercinta tak hairan lah kan?Benda tu biasa.A ada contact tapi kejap-kejap je.M tak sedap hati sebab dia rasa macam tak kena layan.Tapi dia tak cerita kat sapa-sapa.Aku pun baru tahu.M cakap kadang-kadang dia nangis.Biasa lah kan,bila ada masalah ke apa dia nak share dengan si A tapi xda peluang.She feels like she's being isolated by him.Tapi dia sabar.Syaitan memang la kan.Suka bisik macam-macam dekat manusia sampai kita boleh fikir bukan-bukan.Diorang tak gaduh cuma tak serapat dulu.Macam buat hal masing-masing.

Tiba-tiba,ada satu malam tu A hantar mesej dekat M tanya ada tak si M terima mesej dari sape2.M cakap lah xde sebab memang xde.Lepas tu A cakap kenalan dia (seorang perempuan) tersalah hantar mesej.Let say nama dia erm Z.Hehe.Si Z ni sebenarnya nak hantar mesej pergi M tapi A yang dapat.Dalam mesej tu Z tanya M tak boleh ke dia dengan A putus je sebab dah merata tempat dia pergi berubat nak tutup hati A untuk si M ni. A cakap dia terkejut sangat. Lagipun semenjak dua menjak ni dia macam rasa cepat bosan tapi dia tak tahu kenapa. Selama ni tak pernah pulak jadi macam tu. M mengadu dekat aku semenjak minggu lepas dia selalu sakit kepala.Kadang-kadang pagi sakit malam pun sakit sampai susah sangat nak lelap walaupun dia penat dan mengantuk.Last-last dia tidur sampai pukul 2 pagi.Kebetulan pulak masa tu dia tengah 'cuti umum' orang perempuan. Bila dah boleh solat sakit tu macam hilang. M cakap nombor yang diorang guna tu pun xde sape yang tahu. Tapi yang peliknya macam mana Z boleh tahu nombor tu. Cuma Allah nak tunjuk kan. Niat dia nak hancurkan hubungan orang lain tapi tersilap plak.


Terima kasih Google :)

M pernah cerita yang si Z ni ada hati dekat A.Dia gunakan family si A sebagai kunci nak dapatkan si A.Benda tu mungkin M masih boleh terima dan sabar tapi kali ni betul-betul melampau bila si Z gunakan cara yang salah untuk hancurkan hubungan M dengan A. Lagipun Z ni pernah marah si M dengan best friend si A yang dah bertahun-tahun berkawan dengan A. Z anggap 3 insan ni tadi nakkan duit si A je.Kira diorang ni tak ikhlas lah. Kalau bab tu Z memang salah lah sebab aku kenal M siapa. Dia tak mungkin buat macam tu. Aku dah kenal dia lama. Ntah-ntah Z tu yang nak duit si A x? Uish. Kang boleh jadi fitnah plak.Aku yang dengar pun macam shocked.Sampai macam tu sekali dia buat.Aku selalu juga dengar hal macam ni bila orang guna ilmu yang salah untuk puaskan hati sendiri. Tapi kali ni betul-betul jadi depan aku.Apa yang aku boleh cakap dekat M,sabar.Allah tu adil.Hari ni dia boleh buat macam tu tapi niat tak baik dia tu takkan ke mana.Yang penting kita ada Allah dengan kita.Jangan sesekali bergantung kepada makhluk lain sampai menyesatkan diri kita sendiri.

Korang rasa apa?Hehe.Ni sekadar berkongsi.Aku minta korang doa-doa la ye untuk sahabat aku yang sorang ni. Aku kadang-kadang kesian tengok dia.Bila siang happy tapi malam dia nangis. Kadang-kadang minta urut kepala tiba-tiba sebab sakit. Tu rupanya yang jadi.Hoho.Macam-macam kan manusia ni.Mudah-mudahan kita dijauhi dari semua tu.Amin :)

sadaqallahulazim

9 comments:

  1. jahat.. huhuu..
    jadi si A tok sikda gik lah dengan M? sampainya hati..
    pray the best for them..

    ReplyDelete
  2. masih kak..alhamdulillah sebab A ya sedar juak bh..InsyaAllah cdak ikhtiar pa yg patut sebab mun bab2 sihir tok kita pun xdpt nk molah papa..mok org tertentu juak tlg..doakan lah..mun dah jodoh cdak,gney2 pun,InsyaAllah xda papa..amin :)

    ReplyDelete
  3. yalah.. sampey juak hati nak.. sik try p pusat perubatan islam.. ada Syifa darussalam.. sian nengar..

    ReplyDelete
  4. yalah..InsyaAllah...kelak mek madah..ikhtiar la pa2 yg patut..mybe Z ya pikir sak duak blom da pa2 ikatan jd nya bleh papa jk

    ReplyDelete
  5. sabar lah pemilik hati.. Allah bersama nya.. InsyaAllah... walau apa2 jadi, Allah lebih berkuasa..

    ReplyDelete
  6. dunia oh dunia..iklas dan bersabar dan tawakal

    ReplyDelete
  7. aah cik sailor...dunia mmg hakikatnya mcm tu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...