09 November 2011

Hikayat Cikgu E & Dr.K di kala 9 November menjelma

Bismillah

p/s : tolong jgn menyampah dgn entry ni okay? :D

Al-kisah bermula di sebuah tutt tutt ntah xtau kat mana.Hehe.Ada seorang budak perempuan telah berkenalan dengan seorang budak lelaki..(errrr budak la sangat).Pada mulanya, si budak perempuan itu, Cikgu E berasa sedikit menyampah dengan si budak lelaki, Dr.K. Perkenalan bermula dari beberapa orang rakan. Pada ketika itu, berlaku lah monolog dalaman dalam diri Cikgu E dan Dr.K

Cikgu E : 
Ishh..tolong lah..menyampah aku..cakap pun 'I' 'I' 'you' 'you'..Ko ingat ko budak medic ko hebat sgt ke? Aku tahu la aku tak belajar kat tanah Arab mcm ko =___='

Dr.K :
Macam sombong je minah ni..Hoho..Lantak lah

Pada ketika itu,walaupun masing-masing berfikiran negatif, dua manusia ini tetap bertukar-tukar emel Facebook maka sesi add menge'add' dijalankan di laman sosial tersebut.Friend request di 'accept'.Cikgu E pun tanpa segan silu dan confident 'nya' melawat profil Dr.K.Dan pada ketika itu

Cikgu E : Owhh..dah ade awek rupanya..(tanpa sebarang perasaan)

Cikgu E berasa agak menyampah dengan kehadiran Dr.K. Sebab, Dr.K punya komen kadang-kadang boleh bikin panas and annoyed.Pernah sekali Cikgu E post something dalam Bahasa Arab lalu dibalas oleh Dr.K dalam bahasa Arab.

Cikgu E : Eiii..macam tunjuk pandai plak mamat ni..Pape je lah (monolog dalaman sering berlaku)

Selepas itu, Dr.K hilang tanpa khabar berita sehingga Cikgu E terus lupa akan kewujudan manusia tersebut.Dia tak ingat langsung sampai satu hari tu,tiba-tiba ada seorang insan yang tidak dikenali bernama "Saya Tension" post kat wall FB Cikgu E, "hai..you apa khabar?"

Cikgu E : Eh,sape plak ni?Tak kenal pon.Tiba-tiba tanya khabar aku.Ok,delete komen.Muahaha.

Pada masa yang sama,insan tersebut menegur seorang rakan kpd Cikgu E di FB.Cikgu E pun pelik lah.Bila masa pulak mamat ni kenal kawan dia?

Cikgu E : Nop,sape "Saya Tension" tu?
Nop : Eh,Cikgu E tak ingat ke?Rel budak medic tu..Tak ingat?
Cikgu E : Lahh..dia rupanya..Okay2..

Another day came.There was a person named "Rel Coaster". Orang tu tegur dekat chat.

kartun buruk rekaan sendiri :D


Rel Coaster : You tak kenal I ke?
Cikgu E : Awak ni sape?
Rel Coaster : Qrel..Kita pernah chat dulu..
Cikgu E : Oh,ingat....sorry la ye..Saya tak cam awak hari tu sebab tu saya delete wall post awak..(tanpa rasa bersalah)
Rel Coaster : Huhu..Sampai hati you..
Cikgu E : hehe..maaf ye..awek pe khabar? (mcm xde benda lain nk tanya..muahaha)
Rel Coaster : Ermm..I dengan dia dah break lama dah..I nak mintak tolong kat you sikit bleh x?
Cikgu E : Boleh je..Apa dia? (kawan mesti lah tolong kawan kan...)
Rel Coaster : Ermm..You boleh x accept relationship kat FB ni?I tak nak dia cari I lagi dah..bla bla bla bla
Cikgu E : (haaaa?mamat ni dah gile ke?) erkkk??serius ke?
Rel Coaster : I tak tau nak mintak tolong kt sape g dah
Cikgu E : (fikir2) Ermm..ok lah..I will help you

Semenjak dari saat itu,relation Cikgu E yang dulunya 'single' bertukar ke status yang baru.Almaklum lah,tolong kawan.Tanpa perasaan,Cikgu E agak suka berbalas komen dengan so-called bf dia tu.Tanpa disedari, ada perasaan lain yang dirasai  oleh Dr.K. Punyalah si Cikgu E ni tak sedar sebab masa tu dia memang xde perasaan.Apa punya org lah.Sampai suatu hari tu.....

Dr.K : Ermm..Si 'W' tu suka you ke? I tengok dia macam suka je..Asyik komen pic2 you..hoho
Cikgu E : ye kot..ntah..biar lah die..Kawan je pon..bla bla bla bla...
Dr.K : ermm..I tak tahu lah kenapa I rasa jeles..bla bla bla bla bla 
Cikgu E : (gulp!) ^&^%#@*&@*&)((!!!!!!!...Awak jangan mcm2..

Hahaha...Dah..malas nak cerita lebih-lebih.Aku tokok tambah mane yang patut.Since dia cakap macam tu,aku mula rasa pelik.Masa tu aku fikir dia buang tebiat.Lebih-lebih plak kan.Tapi lama-lama tu,aku fikir balik.Mungkin aku patut bagi peluang pada dia,pada diri aku sendiri.Lagipun masa tu,aku baru je 'recover' dari 'penyakit dalaman' yang orang lain takkan pernah rasa.Dipendekkan cerita, pada 9 November 2010, aku mula terima dia.Alhamdulillah,bertahan sampai sekarang.Walaupun jauh,tapi dekat di hati (YUCKKSS!) muahahaha..

lukisan ni Leonardo da Vinci abad 21 yang lukis :D



Kenapa eh aku lekat dengan dia?
- sebab dia faham aku sape
- sebab dia pakai spek kot..a guy with spectacles is damn gorgeous..haha..kidding
- sebab aku kementot, dia tinggi..ermm..no doubt
- and other reasons that I will keep within myself :)
- he is what he is.
- dia tak se'pot pet' aku cause I nag a lot and I do talk a lot..I admit that..haha pros and cons

My dear Khairil Adam Fudhail,thanks sebab selalu ada dengan org walaupun kadang2 you're damn busy =___=' and sorry for everything that I've done.Please forgive org eh.The most important thing is I love you so much.Uhibbuka kathiran.Thanks for last night.Semoga Allah sentiasa memberkati kita.Happy first anniversary syg :)

moral of the story :
jgn menyampah dengan org..kalau ada rasa benci2 tak suka tu elok buang lah ye.tengok apa jadi dekat aku..haha..lesson learnt :D

sadaqallahulazim.



4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...