14 November 2011

9 jenis anak syaitan

Bismillah.

Sedikit perkongsian.Aku dapat ni dari seorang junior kat sekolah dulu dalam group "Alumni PPIK" kat Facebook.Sangat berguna untuk panduan kita sebagai seorang Muslim.Blog aku ni takde lah pasal keagamaan secara keseluruhan tapi setakat apa yang aku mampu kongsi,aku akan kongsi.Tak salah kan? :)

Ini dia.

9 Jenis Anak Syaitan

Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan.

1.Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat-cermat.Menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2.Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya berburuk sangka terhadap Allah.

3.A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4.Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berasa di tempat-tempat maksiat (contoh : disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras)

5.Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain,

6.Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7.Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat yang lain.

9.Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang meyembah api/Matahari

Mana satu jenis syaitan yang sering menganggu anda?Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini?

Kita memang selalu tak sedar dengan 'kehadiran' musuh utama kita ni?hehe.Semoga kita dirahmati Allah selalu.Amin :)

sadaqallahulazim


3 comments:

  1. cik oda : bukan sume jahat ke?hehehe..
    ayn : sila2..sy pun share dr org jgk

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...