21 November 2011

As I grow 'younger'..I saw what people did..

Bismillah.

Alhamdulillah.Dah kat rumah dah.Dah lama tak balik.Cuti sebulan ni aku harap boleh lah merehatkan diri dari assignment,kuliah n so on.I just arrived yesterday.Naik flight dalam pukul 9.30 then I reached Bintulu about 10.25.Tak jauh mana pun.Sombong sangat kan sebab tak naik bas?Haha.Aku tak larat naik bas sampai berbelas jam dari Kuching ke Bintulu.Tak pernah ada experience..ermm..maybe next time..perhaps..Hehe

Ntah berapa hari tak update blog.Aku takda benda nak kongsi.Aku tak ada cerita menarik yang nak diceritakan dekat sini.Lagipun,hari tu baru habis exam.Masa yang ada tu aku guna untuk habiskan satu novel dalam satu malam.Sounds a bit crazy but novelathon was fun..new term for novel marathon and it was created by me..hehe..tu tandanya bosan.. :D

Just want to share something here.Bukan pengalaman aku tapi orang lain.Bukan apa yang jadi kepada aku tapi orang lain.Aku nampak,aku terfikir.Diorang rasa then diorang share.Okay,let me start.

1.Aku ada seorang classmate.Perempuan.Orangnya biasa je.Cuma aku agak hairan semenjak dua menjak ni dia nampak macam runsing.Yang aku tahu  dia ni jarang sedih-sedih sebab aku jarang nampak.Lagipun,orangnya kuat melatah.Jadi nak kata dia tengah bersedih tu,susah lah.Aku pun tak sebilik dengan dia.Then one day dia tiba-tiba tanya aku,

"ma,ada sik ayat nok kitak amalkan pakei lembut hati org?" or dalam bahasa Melayu nya..hehe

"ma,ada tak ayat yang kau amalkan yang boleh lembutkan hati org?"

aku terfikir kejap then aku jawab lah ada.aku bagitahu lah ayat tu apa.then dia mcm mengeluh.rupa-rupanya, dia tengah bingung sebab adik perempuan dia tak balik rumah dah masuk hari yang ketiga.adik dia muda setahun je dari aku.dia cerita lah kenapa.then I knew why.Cuma aku kesian sebab mak kawan aku ni dah nak due date.Tak lama lagi dapat adik baru.Adik beradik dia kalau masuk yang dalam perut tu 13-10 baru sama dengan jumlah adik beradik aku.Haha.Mana pergi rasa sayang dan tanggungjawab sebagai seorang anak pada ibu yang tengah sarat?Ikut sangat hati muda sampai lupa tanggungjawab pada orang tua.



terima kasih Google

2.Seorang sahabat lelaki yang aku rapat.Dia ni datang dari broken family tapi orangnya bijak.Tak perlu lah aku cakap kat sini dia ambik course apa.Orangnya ada rupa.Family berada tapi kesian.Konsep usrati wajannati tu xda.Mak ayah selalu gaduh.Anak-anak sampai kena halau dari rumah bila diorang dah gaduh.Sahabat aku ni tertekan sangat-sangat.Sampai satu tahap tu, dia hilang arah tuju sampai boleh teguk air haram tu.Aku terfikir.Mana pergi pegangan agama yang ada dalam diri?Dia bukan tak solat.Dia pernah cakap,

"rumah ni kalau sehari tak gaduh tak sah.ntah sampai bila nak hidup macam ni."

I realise money that you have will not guarantee a happy life.The amount of money that you have cannot determine your happiness.Aku bukannya datang dari keluarga berada.Keluarga aku sederhana je.Kadang-kadang tak cukup duit tu perkara biasa.But I'm grateful with what I have.A happy family.Allah nak uji dia kot.Allah pun uji aku.Paling penting, jangan sesekali berpaling dari jalan Allah kalau dah kena uji.Jujur lah,aku terkilan jugak bila dengar dia sampai minum.Moga diberkati Allah selalu wahai sahabat.

3.Seorang ahli keluarga terdekat.Tadi aku ada cakap kan family aku biasa je.Asal pun dari kampung.Cuma aku agak kurang senang dengan cara seorang sepupu terdekat aku ni.Mungkin umur dia yang buat dia macam tu.Senang cakap lah,berlagak macam orang kaya tapi tak sedar asal-usul diri tu dari mana.Bangga ada itu ini tapi tak ingat ayah kerja apa,tak ingat langsung yang ayah tu tengah sakit.Yang ni aku beremosi sikit.Mak aku pun cakap benda yang sama.Bila jumpa orang tua macam tak ada adat.Nak salam pun susah.Bila ditegur baru pandai nak hulur tangan.Ntah pape.Tolonglah.Orang lain tahu diri kita siapa.Orang lain tahu keluarga kita macam mana.Jangan jadi macam kacang lupakan kulit.Seronok sangat hidup senang sampai tak sedar ayat yang keluar dari mulut tu apa.Senang cakap,sombong sangat.Aku pun kadang-kadang macam tak kenal dia siapa.Dulu masa kecik-kecik,elok je.Tapi bila dah besar ntah pape.Ok,saya sedikir beremosi di sini.Hoho

tu je lah nak cerita.sekadar terfikir dengan keadaan sekeliling.bukan nak menjaja cerita org ye.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...