06 November 2011

Aidiladha yang sepi

Bismillah.

Penat badan penat otak lepas revise.Syaitan yang direjam ni memang suka ganggu manusia bila kita nak buat baik kan?Hoho.

10 Zulhijjah.Tak tahu kenapa aku rasa sebak.Hari tu semangat aku berkobar-kobar nak pergi sembahyang sunat Aidiladha tapi pagi tadi aku terlewat.Sob sob.Semangat aku pun hilang.Ada makan-makan kat kampus tapi aku tak pergi pun.Cuaca kurang mengizinkan untuk aku keluar.Hujan yang tak lebat tapi ribut yang sangat kuat sampai baju-baju yang aku sidai kat ampaian boleh 'bersilat'.Rumah makcik ada tahlil sikit hari ni.Dah genap 2 tahun arwah pakcik pergi menghadap Ilahi sejak 2009.Dia pergi masa raya haji sebab tu lah tiap kali raya haji aku teringat-ingat.Yang pergi tetap pergi kan?

Terima Kasih Google :)

Tadi baca paper yang aku beli semalam.Sebab penat sangat sampai paper semalam aku baca hari ni.Belek-belek The Star pastu aku baca satu kolum pasal umat Islam seluruh dunia yang pergi Mekah sebab nak menunaikan Rukun Islam kelima.Bila aku tengok gambar Masjidil Haram,aku rasa sebak pulak.Tak tahu kenapa.Maybe sebab aku sambut Aidiladha sorang-sorang,without my family,without him, and I'm staying in the hostel with some Muslim friends. Kami ni senasib sebab tak dapat balik kampung masing-masing.Sob sob. Tadi call family, aku cakap macam biasa but deep in my heart, loneliness conquers all.. tsk tsk :'(

Bila lah Allah nak jemput aku pergi Mekah kan?Mungkin seru tu belum sampai.Encik Fudhail dah pergi tapi umrah je.Seronok dengar.Cemburu sikit.Hehe.Mesir,Jordan semua tu kan dekat ngan Mekah,senang la kan. Lagipun dia cakap,kalau dari Mesir lagi murah if kita nak naik haji or umrah.Xpela. Kalau ada rezeki boleh je pergi. Bila kita tak tahu. Akan datang,perhaps,who knows?Pape pon, INSYAALLAH.

Last but not least, SALAM AIDILADHA buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.SALAM AIDILADHA jg buat followers yang sudi follow blog aku yg tak seberapa ni..and SALAM EIDUL ADHA to all MUSLIMS all over the world.

Kpd akak kpd Encik Fudhail yg tengah berada di Tanah Suci,semoga mendapat haji yang mabrur,semoga diberkati Allah selalu.Terima kasih untuk segalanya.

Ma'assalamah.

Sadaqallahulazim

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...