27 November 2011

1433 H - Tahun Baru Azam Baru :)

Bismillah.

Wow.Cepatnya masa berlalu.Dah 1433H.Hijrah nabi dari kota Makkah Al-Mukarramah ke kota Madinah Al-Munawwarah.Dah lama berlalu tapi masih diingati oleh setiap yang bergelar Muslim.



Doa di kala tahun baru menjelma.Semoga keluarga aku dimurahkan rezeki selalu,dikurniakan dengan kesihatan yang baik,semoga hubungan kekeluargaan yang terbina sejahtera hingga ke akhir hayat,semoga setiap ilmu yang kami perolehi diberkati oleh Allah SWT,umur panjang,InsyaAllah,yang penting biarlah kasih sayang kami kekal sepanjang hayat. Buat sahabat-sahabat,semoga persahabatan yang dibina kekal selamanya tanpa anda permusuhan atau salah faham,yang penting kita ikhlas dalam ukhuwah yang telah terbina..hehe..Buat dia,Encik Fudhail..semoga diberkati Allah selalu,kesihatan yang baik dan berpanjangan,tahun baru ye syg.hijrah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik.InsyaAllah.Semoga Allah menemukan jodoh kita sekiranya betul saya ni dari tulang rusuk awak.Semoga diluluskan permohonan MARA awak tu dan selamat kembali ke Mesir bulan depan :)

Buat diri sendiri,hidup perlu diteruskan.Tak lama lagi nak masuk degree year.Aku harap biarlah ilmu yang dituntut diberkati oleh Allah.Biarlah usaha yang dicurahkan setimpal dengan apa yang bakal diterima sebagai persediaan sebelum mendidik anak bangsa.Nak jadi cikgu bukan senang.Aku selalu sedar tu.Aku doakan yang terbaik untuk aku,keluarga,dia dan sahabat.

Salam Maal Hijrah buat semua.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...