22 October 2011

30 Days of Challenges(Day 28) - In this past month, what have you learnt? :)

Bismillah.

Dah berhari2 delayed.so malam ni nak habiskan semua.soalan ni aku kena fikir jap.
what have you learnt?

ermm...let me think..banyak benda yg jadi dalam bulan ni..unexpected..mula-mula,pakcik aku kembali ke rahmatullah.sangat mengejutkan kami seisi keluarga.tapi kami dah sedia menghadapi semua tu.aku ingat lagi,masa dia sakit,masa dia tengah bergantung kpd mesin oksigen untuk bernafas,aku nampak air mata dia mengalir.aku nampak orang lain bacakan yassin.aku nampak orang lain bersedih.yang aku tahu aku sedia je masa tu.lagipun aku takdelah rapat mana dengan arwah.

1 week later,kawan aku call.dia cakap ada seorang kenalan meninggal sebab accident motosikal.aku terkejut sangat-sangat sebab aku kenal arwah.girlfriend arwah pun aku kenal.sebab family aku dengan family arwah ada bau2 bacang.family girlfriend arwah plak rapat dengan family belah mak.umur sebaya ngan aku.sumpah aku shocked hari tu.dulu pernah jugak bertegur sapa dekat fb.teringat zaman sekolah bila gadis setahun jagung minat dekat budak sekolah lain.bila aku ingat balik kelakar la jugak.pernah cakap dengan arwah.ish,tapi tu dulu.zaman budak2 yg x matang langsung.aku tumpang simpati dengan apa yg jadi.

what have I learnt?
paling utama,ajal x mengira usia.bayangkan arwah pakcik aku dah masuk 58 tahun.arwah yang sorang lagi 19.macam ayah dengan anak.jauh beza kan?yang penting kita kena sedia.mungkin kita mungkin org di sekeliling kita yg akan pergi.wallahualam sebab kita xkan pernah tahu.iman kunci utama sama ada kita sedia ke x.bagi yang hidup,sedia ke kita nak terima orang yang kita sayang menghadap Ilahi?bagi diri kita sendiri,cukup ke amal ibadah kita nak bertemu dengan Allah SWT?

wallahualam.biarlah kita je yang tahu.ye tak?

tu je lah nak cakap.sadaqallahulazim


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...