06 October 2011

30 Days of Challenges(Day 17) - How you hope your future will be like :)

Bismillah.

Erm.Soalan ni macam best je.Future?Ni kira doa aku.Mudah-mudahan dimakbulkan oleh Allah SWT

1.Aku nak jadi seorang guru yg serba boleh dan  berjaya.
Maksud berjaya tu bukanlah dari segi naik pangkat,dapat anugerah ke apa.I want to live a happy life with my students.Aku nak anak2 murid aku faham dan boleh aplikasikan apa yg aku ajar.Tugas mengajar bukannya senang.Aku kena prepare dari segi mental dan fizikal.InsyaAllah.Tak kisah la dekat mana tempat aku mengajar nanti.Asalkan aku dapat apa yg aku nak.Amin.

sekadar hiasan

2.Aku nak tolong mak ayah aku
Aku anak sulung.Perempuan plak tu.Ayah dalam 4 tahun lagi pencen dah.Adik lelaki masa tu maybe masih study.Adik perempuan pun sama.Setahun lepas graduate,aku lah yg kena uruskan hal family.Tu bukan kerja senang.Kena prepare.Benda ni buat aku takut sebab kadang2 aku macam tak yakin dengan diri aku.Bukan senang jadi anak sulung.Nasib baik lah adik lelaki aku tu setahun je beza umur dengan aku.Kalau arwah abang masih ada,mungkin tak ada masalah sangat.Kalau ikutkan, umur arwah tahun ni dah masuk 26.Kalau arwah masih ada,ntah-ntah ayah ngan mak aku dah bercucu sekarang ni.Hehe.Tapi tu semua angan-angan yang tak akan jadi kenyataan.Tak pe lah.Moga Allah makbulkan niat aku ni.Amin :)

3.Masih dalam keadaan sihat macam sekarang
Kesihatan tu penting.Aku harap aku sihat selalu.Muda-muda kena jaga kesihatan.Tak nak gemuk sebab sekarang pun badan makin naik.uwaaaaa...hehehehe



4.kahwin? ;p
Tipu lah kalau aku tak terfikir benda ni.Mungkin korang akan fikir sekarang ni umur aku belum sesuai nak cakap benda2 macam ni.Tapi tak salah kan kalau kita merancang?Banyak benda kita kena fikir dan rancang elok2.Kalau tak sekarang bila lagi,betul x?Aku nak seorang lelaki yg betul2 aku syg.Lelaki yg syg kat aku.Bukan sekadar nak main2 kan aku.Tak nak tua sangat tak nak muda sangat.Tapi biarlah dia lebih tua dari aku.Dia kena ada stable life,income,job and everything.Tak kisah la dari mental or material.Yang penting,lelaki tu kena mantap dari segi agama.Tak perlu lah ustaz tapi cukup lah kalau dia tahu hukum2 agama.Tak perlu org kaya ke apa.Aku tak nak yang sempurna sebab aku takkan pernah jumpa org yg sempurna.Don't love someone you want to live with but love someone you can't live without.Maksudnya saling melengkapi.Tak gitu?hehe

tu je lah nak cakap.

sadaqallahulazim :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...