12 September 2011

Operation.Moga dirahmati Allah,syg.

Bismillah.

Hanya Allah yg tahu apa aku rasa bila dapat tahu yang dia kena operation sebab penyakit yang satu tu.
Dari malam tadi aku tak senang duduk.Tak sedap hati.Risau sangat-sangat.Allah nak uji.Bila hati kita dah betul-betul sayang dekat orang,Allah takkan senang-senang bagi perasaan tu dekat kita.Dugaan tu sentiasa ada.Aku bukan doktor.Aku bukan bakal doktor macam dia.Aku budak maktab je.Bakal cikgu sekolah rendah.

Time macam ni lah,doa tu jadi senjata utama.Betullah kan.Doa senjata seorang yang bergelar Muslim.Hemm.Dia dah kat ICU lepas operation.Esok or malam ni mintak2 sedar lah.Amin.Tadi,Rox bagitau kena terapi semua tu.Huhu.Rasa hancur hati aku bila dengar.Siapa la yg leh duduk goyang kaki happy2 bila org yg kita sayang tengah sakit-sakit macam tu.



Doa aku satu je.Moga dia sihat macam dulu.Balik Egypt then sambung study macam biasa.Allah.Syg,I'm waiting for our 1 year anniversary.To others,it may be nothing but to me it is everything.Still remember your first word on the ninth of November 2010 :')

So many obstacles.Banyak benda yang jadi.Benda ni lah yang mematangkan aku.Benda yang jadi tu benda yang aku tak pernah expect akan jadi.Kisah cinta aku bukan kisah cinta biasa.Haha.Tapi tu lah hakikatnya.Kami je yang tahu.Dan kawan-kawan aku yang tersayang.Tak sangka,sampai sekarang boleh bertahan.Satu je,syukur sangat-sangat.Alhamdulillah.Orang maybe nampak aku happy tapi bila masalah datang,bila dugaan datang, aku ni lah yang paling cepat leleh.Aku tak bagitahu dekat sape2 tapi it's just within myself.Cukuplah sekadar aku mengadu dekat Allah.Tu je :)

Biarlah org nak mengata aku.Cakap aku jiwang ke apa.Kutuklah entry blog ni.Life aku,aku yang rasa semua.Bukan kau.Bloggers,what say you?Huhu

Doa aku sekali lagi,buat insan yang bernama Khairil Adam Fudhail,semoga cepat sembuh.Semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu.Amin.

Uhibbuka Kathiran.

sadaqallahulazim.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...