16 June 2011

Kisah Seorang Pakcik Tua & Budak Darjah 5

Bismillah.

Pagi tadi borak dengan mak jap.Malam ni malam Jumaat.Ingat nak sedekah sikit pergi surau.Macam selalu.Mak tercerita pasal seorang pakcik ni.Sekadar renungan je.Aku kenal pakcik ni dari kecik g kot.Dia selalu naik basikal kat kawasan rumah arwah nenek.Sekali tengok macam biasa je.Tak nampak macam orang jahat ke apa.
Aku tak ingat bila kes ni jadi.Pakcik ni tadi kena tangkap polis sebab rogol perempuan gila.Terkejut juga masa dengar tu.Aku pun tak pasti berapa tahun dia masuk jail.Ada saksi kot then orang report la kan.Takkan nak biar je.Dengar-dengar family dia malu tapi tak tahulah yang mana betul yang mana salah.Khabar angin mana boleh percaya sangat.

Few years later,dia ni tadi dibebaskan.Lepas bebas,orang kampung selalu la tengok dia pergi surau.Insaf kot,wallahualam.Kadang-kadang dia siap tanya ngan mak aku apa yang mak aku hantar pergi surau.Ntah pape lah.Hehe.Orang tak percaya sangat dengan dia bila dia buat baik semua tu.Tak tahulah apa niat dia.Ikhlas ke tak,wallahualam.Tak lama lepas tu,dengar plak cerita yang dia buat balik perangai dia dulu.Dulu yang jadi mangsa tu anak dara.Yang aku tahu budak perempuan tu tak betul sangat sebab bila balik kampung ada jugak terserempak dengan dia.Kes baru-baru ni yang jadi mangsa pakcik tu budak sekolah rendah.Kalau tak silap dalam darjah 5.Bila aku dengar hal ni,aku rasa kesian sangat.Apa yang aku tahu budak tu tak ada mak.Bukan sebab meninggal ke apa tapi sebab mak dia lari tinggalkan diorang adik beradik sekali.So sekarang ni ayah diorang je yang jaga budak-budak ni.Tapi,ayah budak ni tadi pun x ok sangat.Aku pernah terserempak dengan ayah budak yang jadi mangsa ni tadi.Mak cakap ada mental problem.Rasanya betul kot.


sekadar hiasan.tapi pakcik tu tak setua atuk ni.hehe

Budak-budak ni tadi dapat perhatian Jabatan Kebajikan + wakil-wakil dari PETRONAS kalau tak silap.Due to their hardship kot.Tapi kesian sangat.Dalam kesusahan hidup macam tu,ada pulak manusia yang tak berhati perut ambik kesempatan.Budak kecik plak tu.Haish.Manunia jenis ni kena belajar Social Studies kot.Sivik ke.So dia boleh paham apa itu humanity and child abuse.Ada orang nampak apa yang pakcik tu buat.Mulut orang memang tak leh nak tutup once diorang tahu and nampak benda-benda macam tu.Lagipun,adik mak aku merangkap pakcik aku sendiri yang cerita sebab hal tu jadi dekat je dengan rumah mak mertua dia.Takkan aku tak percaya kot?Kalau korang aku tak tahu plak. Aku harap orang ambik tindakan sebab nasib budak-budak ni perlu dibela.Bukan jadi bahan pemuas nafsu semata-mata.Ni kene report ngan 
UNICEF ni..Hehehe..

ni atuk aku k..tak sihat sangat sekarang..hehe..saje je :)

Erm..Pasal pakcik tu plak.Pendapat aku,dia tak istiqamah dalam apa yang dia buat.Satu lagi,ikhlas tu tak ada sebab maybe niat dia nak mengaburi mata orang-orang kampung by going to the mosque or any religious places so that they will believe him and accept the fact that he had changed after being prisoned more than a decade if I'm not mistaken.Tapi tak semua orang boleh dibodohkan kot.Lagi-lagi bab yang ada kaitan dengan agama.Kat kampung-kampung biasa lah kan.Ada yang berilmu dalam bidang agama dan ada yang tak.Normal issue in a society.Kita pun selalu dengar sebab benda ni jadi sekeliling kita.

Saja nak kongsi.Bukan nak mengaibkan insan yang berkenaan tapi realiti yang jadi depan mata.Moga insan ini dengan kita-kita sekali diberi hidayah oleh Allah SWT.Amin

end of sharing.budak mentah.

sadaqallahulazim

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...