12 December 2010

Fitnah

Bismillah..
Entry kali ni ada kaitan dgn seseorang..Aku sgt2 bsimpati dgn dia..Dia pernah kenal ngan seorang perempuan..Sebab dia tahu perempuan tu byk buat benda yg xbaik,dia mula mjauhkan diri..Tapi aku xsangka perempuan tu sanggup tuduh dia buat benda yang dia xbuat..Nauzubillahiminzalik..Aku harap dia jumpa jalan penyelesaian..Aku harap dia terhindar dari fitnah tu..Sedih kalau nak fikir balik..Mungkin ni dugaan Allah utk dia..Aku harap dia sabar..
Kali ni saja nak share something..Hadis yang selalu kita dgr..
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)


Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

Ni ada satu lagi..

Hadith :
Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.”

(Muslim)
akhir kalam.budak mentah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...