03 October 2010

Si Ayah 'derhaka'

Bismillahirrahmannirahim..

Pekat malam mulai kelihatan.Rasa-rasanya sudah lama,tangan yang penuh 'debu' ni tak berkarya.Minda yang makin 'berkarat' ni pun rasa-rasanya lama dah tak keluarkan idea-idea bernas.Al-maklumlah.Cita-cita nak jadi cikgu BM tak kesampaian.Tup-tup.Dapat jadi cikgu English.Tapi,xpalah.Rezeki masing-masing.Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.Bumi Allah kan luas.Banyak lagi yang kita dapat terokai.Malam ni,ada 1 kisah teladan yang aku nak kongsi buat pengunjung blog ni.Yang ni,karya asli dari aku.Dari pengamalan budak yang masih setahun jagung.

Alkisah bermula di sebuah kampung.Nama dirahsiakan.Orang yang terlibat pun dirahsiakan.Siapa diorang?Biarlah aku dan Allah je yang tau.

Dipendekkan kisah,ada sebuah keluarga yang bahagia.Si ayah,ada kerja yang bagus.Si mak pulak,surirumah sepenuh masa.Anak-anak pulak ada 4 orang.4 orang puteri yang cantik-cantik belaka.Bijak pandai pulak tu.Keluarga mereka senang.Ada semuanya.Lagipun.keluarga ni tinggal dekat dengan bandar.Pepatah Melayu,"ku sangkakan panas sampai ke petang.Rupa-rupanya hujan di tengahari."Keluarga ni mula dilanda badai.Segalanya bermula bila si anak sulung jatuh cinta dengan seorang lelaki.Lelaki yang bukan beragama Islam.Puas si ayah melarang.Tapi si anak berdegil juga.Sampai satu saat,si anak sulung ni tadi cakap macam ni,"dah memang tanggungjawab ayah bagi nafkah.Jangan laa pertikaikan,"Masa tu,hancur hati si ayah.Si mak pulak,diam membisu.Langsung x tegur si anak ni tadi.Si ayah tak dapat nak kawal kemarahan bila syaitan da merasuk.Si anak sulung pun dihalau dari rumah.Dengan angkuhnya,si anak sulung ni tadi lari dari rumah ikut jantan mata sepet tu.

Semua tak berhenti takat tu je.Suatu hari,si ayah dikejutkan lagi dengan satu lagi kejadian yang tak disangka-sangka.Anak perempuan yang ketiga pulak buat hal.Yang ini lagi memalukan.Anak ketiga mengandung anak luar nikah hasil dari perhubungan dengan anak jiran.Yang menyedihkan,si anak ketiga ni bekas hafizah.Dulu,selalu jadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan sampai masuk paper.Hancur hati si ayah.Baru je si ayah nak hantar anak ketiga ni masuk universiti tapi hasrat murni si ayah terhalang dek kejadian yang memalukan.Sekali lagi,anak ketiga dihalau dari rumah.Si mak plak xdapat nak buat apa-apa.Sampai suatu masa,si mak hampir nak bunuh diri,terjun dari beranda rumah.

Yang tinggal sekarang ni,anak kedua dengan anak bongsu yang masih bersekolah.Di luar pengetahuan si ayah,anak sulung dan anak ketiga yang dah dihalau dari rumah ni curi-curi balik rumah.Tu pun masa si ayah pergi kerja.Sekarang ni,kalau diikutkan,cucu si ayah dah nak masuk 4 orang.Hasil pernikahan si anak ketiga dengan anak jiran.Tapi,si ayah ni tak pernah ambik kesah pasal cucu-cucu dia.Si anak sulung tu pulak,masih Islam ke tidak,wallahualam.Hanya Allah yang tahu.Badai melanda lagi bila si mak hampir nak mintak cerai dengan si ayah.Si ayah makin tertekan.Dalam hati,hanya Tuhan yang tahu.Si anak ketiga pun bawak mak pergi jumpa tok ketua.Mintak pengesahan tok ketua supaya proses penceraian si ayah ngan si mak dapat dipercepatkan.Tapi,tok ketua xdapat buat apa-apa sebab penceraian tu xsah tanpa kehadiran si ayah.Dipendekkan cerita,semuanya kembali tenang.Tapi,hubungan si ayah dengan dua orang anak yang dah dihalau dari rumah tu xda perubahan.Dingin.Sampai sekarang.

Aku terfikir sesuatu.Apa yang terjadi mesti ada sebab.Aku cuba selidik dari mak aku.Akhirnya,aku dapat jawapan dari persoalan yang banyak kali muncul dalam kepala aku.Mak aku cakap,si ayah ni seorang yang sangat pemurah dengan ahli keluarga yang lain.Dia berduit.Very generous.Tapi,sayangnya,dia tak pernah bagi nafkah dengan orang tua dia sendiri.Tiap kali mak dia mintak duit,dia xkan bagi.Sampai la mak dia meninggal.Antara dia dengan ayah dia pulak lain cerita.Sepanjang ayah dia sakit,dia langsung tak jenguk sampailah ayah dia meninggal.Aku terfikir sesuatu,mungkin ini balasan Allah kepada anak yang derhaka kepada orang tua.Aku harap,anak dia yang dah dihalau tu bertaubat.Supaya,apa yang dah berlaku tak berlaku sekali lagi.

Betul laa kata orang puteh,"what goes around comes around".Jadi,sama-samalah kita doakan benda ni tak jadi dalam keluarga kita.Aku harap,apa yang aku ceritakan ni,jadi teladan untuk kita semua.Insyaallah.

Akhir kalam.Aku.Rama-rama Taman Keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...