04 October 2010

Kenangan.Jangan Kau Pergi.

Bismillah..
Hari ni,nak mengimbau kembali zaman persekolahan yang baru je aku tinggalkan.Hehehe...I sat for my UPSR in 2004..Result??Sangat2 mengecewakan sebab aku xdapat apa yang aku nak.4A1B.Subjek yang B tu Sains. Adess..Tapi,nasib aku baik sebab aku dapat peluang masuk ke sebuah sekolah yang famous dalam kalangan pemimpin2 kt Bumi Kenyalang ni..Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang..Kat Miri..Maahad Tun Datu Tuanku Haji Bujang fi Miri.Then,aku decide nak ambik Bahasa Arab as one of my core subjects in PMR..Dari Form 1 sampai Form 3,aku dalam kelas Gigih.Budak Arab walaupun xhebat sangat.Huhuhu..Akui kelemahan diri.Kelas yang kecik je sebab until 2007,ada 13 orang budak je dalam kelas Gigih ni.Masa Form 1 sampai Form 2,guru kelas is Ustazah Masturi.Then,Ustazah Masturi berhenti,ganti dengan Cikgu Syahir.Then masa Form 3,tukar plak dengan Ustazah Siti Aminah.Yang kat gambar ni.Ehehehe...Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang aku jadi budak Gigih.Budak Gigih selalu isolated dari budak kelas lain.Lagipun,kelas kami kat hujung.Kalau cikgu xmasok,kami buat 2 benda je.Tidur xpun buat keja lain.Macam aku,baca novel kot.Ehehehehe....Selalu sangat kena lecture ngan Madam Juliana.Tapi,tu lah antara cikgu yang aku rindu and yang bagi semangat kat aku before PMR.Aku ngan kawan-kawan pompuan yang lain;Anie,Cha,Kiyah,Jajah,Waneq salu escape pergi rumah ustazah.Naik kereta kancil then pagi baru balik asrama..Hehehehe...Kenangan..Jangan kau pergi..

Dipendekkan cerita,aku dan kawan-kawan yang lain pun sat for PMR.At the end of 2007,kami dapat result.Alhamdulillah..Memuaskan la jugak.Aku dapat 8A1B..B untuk Bahasa Arab..Huhuhu...Kesian..Memang xpernah dapat A untuk Bahasa Arab.Paling tinggi pun B.Tapi,aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.Lepas dapat result PMR,aku pernah terfikir nak pindah sekolah.Tapi,ayah tak bagi sebab ayah cakap,dah elok dok asrama.Kalau kat rumah,aku leh khayal dengan internet ngan TV.Big Boss dah cakap "NO PINDAH-PINDAH"..So,aku on je la..Bila dah masuk Form 4,aku masuk aliran Sains Tulen.Aduishhh....Yang ni lah aku lemah sengat.Sebab,aku bukannya berjiwa Sains.Dari sekolah rendah lagi.Tapi,aku masuk jugak.Hehehehe....Semuanya sebab xnak pindah sekolah.SPM???Adess...Nasib xgagal subjek2 Sains tu.Adesss...Hehehehe...Tapi yang teras,Alhamdulillah..Semua A..I juz got my credit for Physic..Yang len tu,cukup makan...Malunya...HEHE..

Masa form 4,ustazah pilih aku dan kawan-kawan yang lain masuk PPIK(Persatuan Pelajar Islam Kolej)
Apa jawatan aku?Huhuhu..Agak berat..Penolong Ketua Pelajar Islam Asrama(PKPIA)Tugas yang mencabar tapi ni semua amanah dari Allah..Manusia dicipta oleh Allah seagai khalifah di muka Bumi.Aku terima tanggungjawab aku.Banyak pengalaman pahit manis sepanjang aku bergelar PKPIA.Sering jadi sasaran budak-budak.Pantang kalau salah sikit.Budak form 1 pulak takut nak bergaul mesra.Sebab,muka Kak Ema garang...wakakaka...Kenangan oh kenangan.Seronok pun ada,konflik ada,macam-macam ada.Tapi,tu semua pengalaman berharga.Buat sahabat yang ingat lagi apa yang berlaku,jadikan lah pengalaman tu sebagai pengajaran dalam mematangkan diri.Mohon maaf atas segalanya.Mohon maaf atas segala kekasaran aku.keegoan aku,kedegilan aku,emosi yang tak terkawal.Mohon maaf untuk segalanya.Masing-masing ada buat salah.So,kita belajarlah dari pengalaman.Insyaallah.Buat adik-adik junior yang pernah berada di bawah pimpinan AJK PPIK sesi 2008/2009,mohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam diri aku yang hina ni.Segala teguran dan nasihat tu simpan lah dalam hati bukanlah untuk dibenci dan disimpan sebagai dendam.

Twist! Bahasa Sarawak . . 

Buat adik-adik junior nok penah kmk pimpin dolok,ingat jak kata-kata kmk tok..
"Jangan dilihat kepada orang yang memberi teguran,tapi refleksi diri dari teguran yang diberikan" 
Selalu kmk sebut time malam keagamaan or perjumpaan..Lepas Al-Mulk ka Al-Mathurat ka.

Twist ! 

Aku bukanlah insan yang sempurna.Ada banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki. Sekarang ni,semua tu tinggal kenangan.Kenangan yang tak mungkin aku lupakan.Tiap kali aku bukak album dalam laptop,aku teringat balik kisah-kisah kat Kolej.Masih segar di ingatan buat masa sekarang dan Insyaallah buat selama-lamanya selagi hayat dikandung badan.

Akhir kalam.Aku.Rama-rama di Taman Keikhlasan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...