19 June 2016

Sehijau Daun

Bismillah.

Alhamdulillah. Dah berkhidmat secara rasmi sebagai pendidik selama 3 bulan di sebuah sekolah. Syukur Allah SWT makbulkan permintaan untuk berada dekat dengan keluarga, di kampung halaman sendiri. Walaupun jarak nak ke sekolah ada la dalam 40 minit tapi bila dapat tahu yang dapat di daerah sendiri tu pun dah seribu satu rahmat.

Segala puji bagi Allah SWT :)

Dalam tempoh 3 bulan, ada banyak benda yang aku belajar. Masih merangkak-rangkak sebagai guru baru. Masih pening fikir apa nak buat dekat kelas, apa kena ajar kat budak-budak esok, macam mana nak bagi budak faham apa yang aku ajar. Yang penting, tiap hari ada benda baru yang aku dapat. Ada sesuatu yang aku belajar dari orang sekeliling aku. Penat? Kerja mana yang tak penat. Kadang-kadang, bila balik rumah, tak sedar dah terlentok walaupun tak rancang pun nak tidur ke apa. Moga Allah beri kekuatan jadi guru yang terbaik. Baik buat anak murid, sekolah, masyarakat sekeliling, negara dan yang penting pada agama. Berat tanggungjawab tu. Dengan sistem sekarang ni lagi. Memang mencabar. Macam yang aku cakap tadi, Masih merangkak, masih terkial-kial nak faham sistem dan cara berkerja di sekolah. 

Sepanjang 3 bulan, macam-macam jenis manusia yang aku kenal. Macam-macam ragam yang aku nampak. Dari situ, aku belajar banyak benda. Belajar ni bukan setakat dari buku tapi sikap orang pun kita boleh belajar. Yang baik kita ambik sebagai teladan, ambik sebagai contoh terbaik. Yang kurang baik, jauhkan. Allah bagi peluang kenal dekat orang. Dalam ramai-ramai, ada juga yang mengajar aku sesuatu. Tak nak cakap lebih. 

Dah lama tak menulis. Kekok pulak rasanya. 



Jangan diharap pada manusia.
Takut nanti kecewa.
Jangan bergantung pada insan biasa.
Takut nanti ada yang merana.
Jangan hambakan diri pada nafsu.
Takut nanti akal membisu.
Jangan meminta bila susah.
Takut senang syukurnya payah.
Jangan dinilai apa yang rosak.
Takut diri jadi riak.
Setenang air di laut.
Sesegar hijau dedaun.
Sesuci embun di kala pagi.
Hanya sedikit mata memerhati.
Biar diri sentiasa tenang.
Iman dan amal jangan di belakang.
Mata manusia ada hijab yang menghalang.
Di mata Allah Azzawajalla kau pemenang.

Coretan 5 Ramadhan. Lama dah ni. Sekadar mengaitkan pengalaman diri dengan rasa kat hati. Moga Allah beri kekuatan selalu. Amin amin!

p/s: Salam Ramadhan. Moga Ramadhan tahun ni bawa keberkatan kepada kita semua :)

Sadaqallahulazim.

17 January 2016

Bila Bertuhan

Bismillah.


Dalam masa dua hari lagi, umur aku akan bertambah 1 tahun. Satu benda yang aku sedar, perkara macam sambut majlis hari jadi, kawan bagi hadiah, atau orang sekeliling wish birthday tak menjadi keutamaan. Banyak lagi benda yang nak kena fikir bila umur makin bertambah. Sesetengah orang mungkin fikir, umur pertengahan 20an ni biasa, masih muda, paling tak pun, baru habis belajar. Tapi, hidup orang tak sama. Jalan cerita hidup setiap manusia tak sama. Aku mungkin baru habis belajar. Orang lain, tanggungjawab dia mungkin lain. Ada yang kena sara keluarga sebab mak ayah tak berkerja. Ada yang kena sara anak bini. Ada yang terkapai-kapai cari sesuap nasi. Dan ada yang masih lagi dalam pengajian. Everybody has different stories.

Semalam, baru selesai walimah seorang sahabat baik, rakan rapat dari zaman sekolah. Dalam ramai-ramai kawan rapat, ramai yang dah bergelar puan terutamanya kawan dari sekolah rendah dulu. Yang dah ada anak pun ada. Yang belum ada dalam 4 orang termasuk aku. Dua orang tu inshaAllah bakal menyusul cuma tak tahu bila sebab memang dah ada yang menunggu. Jodoh rahsia Allah. Aku doakan yang terbaik. Aku dan yang seorang lagi, samar-samar, kabur. Nak kata gelap, entah. haha. Talking about this, I think it's normal when friends are getting married at the age of 20s and above. Satu benda yang aku sedar, kami bukan kanak-kanak ribena lagi dah. Remaja pun bukan. Kadang-kadang, lupa juga yang kami semua dah berubah. Bukan budak sekolah. Cakap pasal kahwin, memang terkesan sebenarnya sebab golongan yang bujang, memang akan diserang dengan soalan-soalan cepumas which I have no idea how to answer. Few days ago, memang terasa penat sebab kena tolong kawan sedia itu sedia ini. Masa hari nikah pun kena tolong apa yang patut. Seronok bila kawan seronok. Dua malam juga balik rumah jam 1 pagi. Nasib baik tumpang kereta kawan. Kalau tak, seram juga nak balik bila sekeliling dah gelap. And that night, mak kawan yang seorang ni ada sekali sebab masa tu memang dah penat sangat. I just want to get some rest. Baju pun tak gosok lagi. On our way home, that makcik asked me. Lembut dia tanya.


"Dah ada kawan?"
"Aaaaa? Tak ada makcik. Ehehehe."
"Dah kerja belum?"
"Tak lagi. Tunggu posting. "
"Oh tak apa lah. Nanti dah kerja, ada lah yang datang."

Dan aku hanya mampu berhuhuhu. Sometimes, I just don't care about this issue. Sensitif juga pasal kahwin ni. Tapi, bila persekitaran berubah, contohnya bila kawan rapat dah bertukar status, terkesan juga sebenarnya. Ada juga terfikir, aku bila lagi? The thing is, I have no answer. Orangnya pun tak ada. Nak kata tak pernah bercinta, tak pernah berkawan, tipu lah. Tapi pengalaman lepas mengajar aku jadi seorang yang lebih berhati-hati, Pernah berkawan dulu. Tapi perbezaan umur yang jadi masalah. Bila dia jadi tunang orang, aku rasa baik aku elakkan diri. And it was hard. Rasanya masa tu tak matang lagi. Lepas tu, ada berkenalan dengan orang. Tapi sebab tak hati-hati, terpedaya dengan orang yang salah gunakan Facebook untuk tujuan menipu. Rasanya masa tu, aku yakin yang dia tu serius tapi syukur lah sebab Allah nak selamatkan. To ladies, be extra careful with those who used fake accounts. Nasib aku baik sebab aku tak pernah jumpa orang tu. Tu kes awal-awal studi dulu. Kesian tuan punya gambar asal bila gambar dia disalahgunakan. Syukur alhamdulillah. Allah tarik aku awal-awal dari benda tak elok tu. Kalau tak, tak fasal-fasal jadi fitnah. Pengalaman mengajar sebenarnya. Benda dah jadi 2 tahun lepas. I am becoming more aware of people around me. 


Gambar - One of the first places where I learnt to be independent, as early as 13 years old. Sekarang agak terbiar sebab bangunan lama. 


Tapi, yang namanya manusia tak akan lari daripada fitrah. Ada yang datang cuma tolak secara baik. Kenapa aku tolak? Orang pandang apa yang diorang nampak dekat luar. Nak berkenalan sebab tengok yang zahir semata-mata. Puji benda yang tak sepatutnya dipuji. Little they know, one day, the look will decay. What they see outside will fade away. What stays is what you have inside. Nak cari yang tengok perangai kita, siapa diri kita sebenar, susah. Every girl wants someone who is responsible. Matang dari cara berfikir. Bukan yang post semata-mata nak tarik perhatian orang. Satu benda yang aku takut pasal post2 di Facebook. Orang boleh salah anggap dengan status kita, gambar yang kita letak. Rasanya perkara pertama kena betulkan niat. Berbalik kepada rupa tadi. Rupa tak jamin apa-apa kalau perkara lain tak jaga. Dalam berkenalan dengan orang tak kira lelaki atau perempuan, aku sedar aku tertarik dengan seseorang. Tapi satu benda yang aku pegang, "perempuan, malunya di dahi." Takkan nak terhegeh-hegeh tunjuk yang kau suka dekat orang tu? Selalu dengar, selalu baca, nak yang baik, kita sendiri kena usaha jadi baik. 



Kadang-kadang, nak tanya khabar, nak ucap selamat malam ke selamat pagi ke apa, aku segan. The least that I can do is just doa untuk dia. Kenapa tertarik? Kadang-kadang, orang yang bersahaja tu buat kita selesa. Orang yang tak jemu menegur tu yang buat kita tertarik. Orang yang tak lupa ingatkan kita kepada benda-benda baik tu yang mematangkan kita. Tapi, sampai satu masa, ada benda berubah. Mungkin ada sebab tertentu bila orang tu pilih untuk jauhkan diri. And I ended up being in silence too. Silence is the best option sometimes. Tapi, senyap tak bermakna lupa. Selitkan nama dalam doa.

Satu benda yang aku selalu ingatkan diri. Bila kita nakkan yang terbaik dari manusia, perkara pertama yang kita kena betulkan adalah antara kita dengan Allah. Macam mana Allah nak tolong bila kita sombong, tak nak doa tak nak sujud pada Dia? Ada masa, kita terpaksa perhati dari jauh. Tak pun, jenguk-jenguk Facebook, cek dia online ke tak. That's the least that you can do. Nak tegur, nak chat, segan. Mana tahu, ada orang lain yang ada dengan dia. I just look after myself before any other things.

Solat aku. Cukup tak?
Ibadah sunat aku. Ada tak?
Quran. Baca tak?
Wuduk dah sempurna ke belum?
Aurat jaga ke tidak?
Bahasa. Ada jaga ke tidak?
Dengan mak ayah dengan keluarga, jaga tak?
Ada tak buat kerja-kerja rumah macam masak, membasuh, tolong apa yang patut?
As simple as that.

Benda ni yang mendewasakan. Sekurang-kurangnya, diri kau sedar, tanggungjawab pertama kau adalah tanggungjawab sebagai seorang Muslim. InshaAllah benda baik akan menyusul. Fitrah tu kita tak boleh nak halang. Malu kot bila kita sibuk tanya itu tanya ini, ucap tu ucap ni, orang tu bagi kita 'seen' je. Tak pun, blue tick. Ahahaha. I guess, it's better to leave everything to Allah. Jaga diri sendiri dulu. Jaga agama, tambah ilmu. 

Me, personally. I don't really mind about the look. Kenapa nak tengok muka cantik handsome bagai? Tak akan menjamin apa-apa. Jaga penampilan jaga kebersihan tu pun dah cukup baik. Even merokok. Jujur, tak selesa tapi benda ni boleh diubah. As long as, that person is willing to change. Itu diri dia sendiri. Yang penting, perkara pertama adalah antara diri dia dengan Allah. Apa yang menjaminkan kebahagian adalah mereka yang bertuhan. Tak ada Tuhan, tak akan nampak jalan. And the list goes on.

This entry is quite personal. Reflecting on my own life I guess. Bukan meluah. Sekadar berfikir. He said before "Jangan terlalu meluah perasaan dan doa di fb. Sebaik2nya merayu la pada Allah." Tak ada yang salah. Allah memang dengar suara hati manusia. 

p/s: Happy new year 2016.

Sadaqallahulazim. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...